29 March 2013

Hulu Tajong 003





Hulu Tajong

Hulu Tajong ini merupakan jenis Botokala disesuaikan dengan pakaian hulubalang2 dan panglima2. Ia menampakkan perwatakan yg bengis dan ganas seperti para hulubalang di medan pertempuran.

17 March 2013

LAMBANG BUNGA TERATAI MENURUT ABDULLAH NAKULA DALAM FALSAFAH MELAYU. (catatan 002)


LAMBANG BUNGA TERATAI MENURUT  ABDULLAH NAKULA DALAM FALSAFAH MELAYU.
(Abdullah bin Muhamed dilahirkan dikampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan)

Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku. Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut:

Sifat-sifat 
‘Jamal   bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan ‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.

Sifat-sifat
Jalal ’ bererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit  tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa  tersembunyi kerana ditekan dan dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata. Ini terbukti dalam gambaran hadis yang berbunyi, “ Allah  Jamal  (indah)  dan cintakan  Jamal (Keindahan)”.  Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas  kasihan dan sifat-sifat  kebaikan sementara Sifat Jalal lebih  kepada konsep benci, marah dan sifat-sifat  keburukan.

LAMBANG BUNGA TERATAI

Dalam mentafsirkan  lambang, bentuk dan sesuatu  motif,  Nakula telah  mentafsirkan sebagai mempunyai suatu  makna yang tersirat  mengikutf alsafah Melayu. Bunga teratai adalah  mempunyai  makna  yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang  iaitu:

1. Lambang  Kejadian Alam  dalam  tingkat  Ketuhanan.

 Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah ada lah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dansegala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yangberkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatuyang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

2. Lambang  Kejadian  Alam dalam  tingkat  Kealaman.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula  zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkaiakan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘NurMuhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai adalah sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai banyak makna-makna  rahsia tertentu yang tersirat pada kuntumnya.